26 February 2019

DSKP BAHASA MELAYU

DSKP BM TINGKATAN 2 & 3

https://drive.google.com/drive/folders/1f3J5KDjKchRLGCTVUNS83KMv18LTZ6_m?lfhs=2



01 April 2009

Kata Penegas, Kata Nafi & Kata Pemeri

Kata Penegas

Kata Penegeas atau partikel bertugas menekankan bahagian-bahagian tertentu dalam ayat.

Menurut fungsinya sebagai penegas, kata tugas ini boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu kata penegas frasa predikat sahaja atau bahagian-bahagian dalam predikat dan kata penegas frasa subjek atau frasa apredikat.

Rajah di bawah merumuskan jenis kata penegas dan penggunaannya.

Jenis Kata Penegas Kata Penegas Contoh Penggunaan
Frasa predikat atau bahagian dalam predikat -kah, -tah, - lah Siapakah yang memakai baju merah itu?

Yang itulah murid baru sekolah ini.

Apatah usaha kita menghidupkan semula pekan teater ini.

Frasa subjek atau frasa predikat juga, pun, hanya, lagi, memang, sahaja Pegawai juga mesti hadir (subjek)

Pegawai mesti hadir juga (predikat)

Adiknya pun jurutera. (subjek)

Adiknya jurutera juga (predikat)


Kata Nafi

Kata nafi bertugas menafikan frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama dalam predikat.

Ada dua kata nafi iaitu bukan dan tidak.

Kata Nafi Contoh
bukan Universiti swasta itu hanya menawarkan kursus-kursus sains, bukan seperti universiti awam yang menawarkan berbilang kursus.
Perdana Menteri berjumpa Bush, bukan Powell
tidak Meritokrasi tidak membebankan mana-mana pihak
Tulisan oleh penulis sensasi itu tidak benar langsung.


Kata Pemeri

Kata pemeri bertugas merangkaikan frasa utama dalam predikat dengan frasa subjek.

Dalam bahasa Melayu, terdapat dua jenis kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.

ialah adalah
Digunakan sebelum predikat untuk menandakan persamaan antara frasa subjek dean frasa utama dalam predikat.

contoh: Tindakan kerajaan menetapkan mata wang ialah usaha melindungi ekonomi negara daripada serangan luar.

Digunakan sebelum predikat sebagai huraian bagi frasa subjek.

Frasa predikat biasanya menjawab soalan ``apakah''

Contoh: Makanan seimbang adalah makanan yang diambil secara sederhana serta pelbagai jenis.


(Sumber: Portal Utusan Malaysia)

25 February 2009

Jawapan Atau Jawaban ?

Jawapan atau Jawaban, Kewajipan atau Kewajiban??

Lihatlah jawapan yang diberikan oleh pegawai daripada Bahagian Khidmat Nasihat Bahasa DBP kepada Editor Buku Pearson Malaysia Bhd.

From: sbmbsys@dbp.gov.my

Salam sejahtera ZULKIFLI BIN JAMAASIM,

Soalan: KDE4 cenderung menggunakan bentuk “jawaban” dan “kewajiban” dalam ayat contohnya berbanding bentuk “jawapan” dan “kewajipan”. Apa komen pihak Tuan tentang hal ini.

Jawapan: Bentuk standard sesuatu perkataan dengan ejaannya yang diiktiraf sebagai betul dan rasmi ialah sebagaimana yang terdapat pada perkataan yang ditakrifkan. Perkataan yang diturunkan di akhir takrif bentuk standard ini, atau sebagai muatan rujuk silang, merupakan variasi kepada bentuk standard dan terdiri daripada variasi kata, dan dalam hal-hal tertentu sahaja variasi ejaan. Variasi kata diperturunkan, terutamanya untuk kepentingan kajian bahasa. Di samping itu, ada juga kemungkinannya seseorang pengguna bahasa Melayu yang menemukan sesuatu variasi kata dan tidak dapat mengenal pasti atau mengesani bentuk standardnya akan mendapat manfaat daripada rujuk silang yang diberikan dalam kamus ini. Oleh itu, bentuk standardnya ialah jawaban dan kewajiban. Variasi kata pula ialah jawapan dan kewajipan.

Terima kasih diucapkan kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Bahasa.

Sekian, terima kasih.

10 February 2009

Bahasa Istana

Bahasa Istana

Tahukah adik-adik bahasa yang digunakan oleh orang-orang di dalam istana berbeza dengan bahasa biasa yang kita gunakan? Cuba adik-adik bertutur dalam bahasa istana bersama rakan-rakan dan guru...Cubalah! :)

Bahasa Istana Bahasa Biasa
Almarhum Allahyarham
ampun kurnia maaf
anugerah beri; hadiah
baginda dia (raja)
beradu tidur
berangkat berlepas; bertolak
bercemar duli berjalan; pergi ke
berkenan sudi; suka akan
berputera beranak; bersalin
bersabda berkata
bersiram mandi
bertitah berkata
beta saya (raja)
daulat bahagia
gering sakit
hari keputeraan hari jadi
hulu kepala
iram-iram payung
kaus kasut
kurnia beri; hadiah
mahkota topi
makam kubur
mangkat mati; meninggal dunia
menghadap menjumpai
murka marah
patik saya (rakyat)
peraduan tempat tidur
permaisuri isteri
putera anak lelaki
puteri anak perempuan
santap makan
semayam duduk; tinggal
sembah memberi salam
singgahsana kerusi
titah kata; perintah

12 December 2008

SENARAI PERIBAHASA DALAM BUKU TEKS SPM

Senarai Peribahasa dalam Buku teks Tingkatan 4

1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

2. Darah daging
Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.

3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.

4. meninggi diri
Maksud : Sombong

5. bermuka dua
Maksud : Tidak jujur.

6 baik hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

7. tulang belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan

8. bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

9. bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

10. melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat

12. seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

15. terang hati
Maksud : Lekas pandai.

16. rendah hati
Maksud : Tidak sombong

17. murah hati
Maksud : Pemurah.

18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

19. Tangan kosong
Maksud : Hampa.


Senarai Peribahasa dalam Buku teks Tingkatan 5

1. lintah darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.

2. bagai aur dengan tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.

3. anak dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

4. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

5. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah

6. indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

7. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.

8. bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

9. kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.

10. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

11. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

12. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya..

13. memerah otak
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.

14. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah

15. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.

16. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

17. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

18. bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

19. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

20. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

21. mencari jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

22. biar mati anak, jangan mati adat
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.

23.sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

24. berbesar hati
Maksud : Gembira.

25. anak buah
Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.

26. tuan rumah
Maksud : tempat berlangsungnya sesuatu acara

27. yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

28. batu penghalang
Maksud : Halangan

29 untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

30. bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senan

26 May 2008

Bahasa Melayu SPM- Contoh Soalan


CONTOH-CONTOH SOALAN

Lampiran C Soalan Berdasarkan Bahan Rangsangan (Bahagian A Kertas 1 BM SPM)

Contoh:

Bahagian A

[Masa yang dicadangkan: 45 minit]

[ 30 Markah]

Huraikan pendapat anda tentang kesan yang berlaku kepada rakyat Malaysia, jika rakyat tidak menabung. Panjang Huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

(rujuk gambar halaman 181 dalam buku teks Tingkatan 5)

Bahagian B

[Masa dicadangkan: 1 jam 30 minit]

[100 markah]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.

  1. Anda menyertai pertandingan perbahasan ala parlimen yang bertajuk “Pendidikan Industri Pemangkin Pembangunan Negara.” Sebagai Perdana Menteri, kemukakan hujah-hujah untuk mempertahankan usul yang dikemukakan.(Hal.142)

  1. Setiap ibu bapa sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti hidup. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan kualiti hidup dalam sesebuah keluarga.(Hal.79)

  1. Majlis Rumah Terbuka yang dianjurkan oleh rakyat Malaysia dalam setiap perayaan banyak membawa kebaikan. Bincangkan penyataan ini.(Hal.1)

  1. Negara kita sering menganjurkan kejohanan sukan yang bertaraf antarabangsa. Pada pendapat anda, apakah manfaat yang akan diperoleh oleh rakyat dan negara kita apabila menganjurkan kejohanan tersebut.(Hal. 224)

  1. Anda ingin menulis cerpen yang bertemakan semangat patriotik untuk dimuatkan dalam majalah sekolah. Tulis cerpen tersebut selengkapnya.(Hal.22)