25 February 2009

Jawapan Atau Jawaban ?

Jawapan atau Jawaban, Kewajipan atau Kewajiban??

Lihatlah jawapan yang diberikan oleh pegawai daripada Bahagian Khidmat Nasihat Bahasa DBP kepada Editor Buku Pearson Malaysia Bhd.

From: sbmbsys@dbp.gov.my

Salam sejahtera ZULKIFLI BIN JAMAASIM,

Soalan: KDE4 cenderung menggunakan bentuk “jawaban” dan “kewajiban” dalam ayat contohnya berbanding bentuk “jawapan” dan “kewajipan”. Apa komen pihak Tuan tentang hal ini.

Jawapan: Bentuk standard sesuatu perkataan dengan ejaannya yang diiktiraf sebagai betul dan rasmi ialah sebagaimana yang terdapat pada perkataan yang ditakrifkan. Perkataan yang diturunkan di akhir takrif bentuk standard ini, atau sebagai muatan rujuk silang, merupakan variasi kepada bentuk standard dan terdiri daripada variasi kata, dan dalam hal-hal tertentu sahaja variasi ejaan. Variasi kata diperturunkan, terutamanya untuk kepentingan kajian bahasa. Di samping itu, ada juga kemungkinannya seseorang pengguna bahasa Melayu yang menemukan sesuatu variasi kata dan tidak dapat mengenal pasti atau mengesani bentuk standardnya akan mendapat manfaat daripada rujuk silang yang diberikan dalam kamus ini. Oleh itu, bentuk standardnya ialah jawaban dan kewajiban. Variasi kata pula ialah jawapan dan kewajipan.

Terima kasih diucapkan kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Bahasa.

Sekian, terima kasih.

No comments: