01 April 2009

Kata Penegas, Kata Nafi & Kata Pemeri

Kata Penegas

Kata Penegeas atau partikel bertugas menekankan bahagian-bahagian tertentu dalam ayat.

Menurut fungsinya sebagai penegas, kata tugas ini boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu kata penegas frasa predikat sahaja atau bahagian-bahagian dalam predikat dan kata penegas frasa subjek atau frasa apredikat.

Rajah di bawah merumuskan jenis kata penegas dan penggunaannya.

Jenis Kata Penegas Kata Penegas Contoh Penggunaan
Frasa predikat atau bahagian dalam predikat -kah, -tah, - lah Siapakah yang memakai baju merah itu?

Yang itulah murid baru sekolah ini.

Apatah usaha kita menghidupkan semula pekan teater ini.

Frasa subjek atau frasa predikat juga, pun, hanya, lagi, memang, sahaja Pegawai juga mesti hadir (subjek)

Pegawai mesti hadir juga (predikat)

Adiknya pun jurutera. (subjek)

Adiknya jurutera juga (predikat)


Kata Nafi

Kata nafi bertugas menafikan frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama dalam predikat.

Ada dua kata nafi iaitu bukan dan tidak.

Kata Nafi Contoh
bukan Universiti swasta itu hanya menawarkan kursus-kursus sains, bukan seperti universiti awam yang menawarkan berbilang kursus.
Perdana Menteri berjumpa Bush, bukan Powell
tidak Meritokrasi tidak membebankan mana-mana pihak
Tulisan oleh penulis sensasi itu tidak benar langsung.


Kata Pemeri

Kata pemeri bertugas merangkaikan frasa utama dalam predikat dengan frasa subjek.

Dalam bahasa Melayu, terdapat dua jenis kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.

ialah adalah
Digunakan sebelum predikat untuk menandakan persamaan antara frasa subjek dean frasa utama dalam predikat.

contoh: Tindakan kerajaan menetapkan mata wang ialah usaha melindungi ekonomi negara daripada serangan luar.

Digunakan sebelum predikat sebagai huraian bagi frasa subjek.

Frasa predikat biasanya menjawab soalan ``apakah''

Contoh: Makanan seimbang adalah makanan yang diambil secara sederhana serta pelbagai jenis.


(Sumber: Portal Utusan Malaysia)